Sunday, December 16, 2012

PERLUNYA NASIONALISME MANUSIA

Nasionalisme sering menjadi tajuk perbahasan yang hangat, penuh emosi dan mengujakan tetapi acapkali juga melelahkan. Hal ini mungkin sekali kerana pentafsiran dan pengertian nasionalisme itu masih diperdebatkan. Kelonggaran dalam pengertian gagasan nasionalisme, di samping kerecaman takrifan daripada para sarjana telah menyulitkan usaha untuk membezakan antara nasionalisme dengan faham lain seperti etnosentrik, antipenjajahan, komunisme dan sosialisme. Istilah nasionalisme telah menjadi suatu macam “kancah penyalahgunaan” apabila digunakan untuk menggambar dan mewakilkan pelbagai jenis keadaan, kedudukan manusia, dan corak berfikir
Akar Nasionalisme
Istilah nation dan nasionalisme  berakar dari segi konsepnya daripada tradisi falsafah Eropah – lebih tepat lagi Eropah Barat – pada akhir abad ke-18. Pendapat mengenai negara dihubungkan dengan teori – teori mengenai kedaulatan rakyat, kebudayaan kebangsaan, faham perlembagaan, sekularisme, perpaduan budaya dan pemodenan. Istilah – istilah ini cukup popular dan meluas pengunaannya pada abad ke-19 sehingga cukup kuat  untuk meresap dalam jiwa dan urat rakyat kebanyakan –  dijadikan alat ideology membangunkan negara perindustrian yang dijaja kapitalisme. Istilah negara dan kebangsaan ini adalah pokok dalam menghalalkan struktur negara berikutan daripada penyingkiran sistem feudal yana berasaskan kuasa ketuhanan – divine right . Maka, negara – nation – telah menjadi wakil kepada kekuasaan rakyat yang abstrak bagi menggantikan legasi raja feudal. Negara – bangsa yang beranak di Eropah itu awalnya adalah satu struktur birokratik yang tugasnya tidak lebih daripada menyelaras, mengawal dan memaksimumkan kepentingan ekonomi tertentu, yang akhirnya mengaburkan perbezaan antara borjuis/ cukong/ tauke/ dengan elit aristocrat terdahulu. Menjelang akhir abad ke-19, gabungan kepentingan ekonomi ini telah membentuk satu watak dan perbadanan baharu yang merupakan sebahagian daripada alat birokratik negara itu sendiri. Oleh itu, wujud tanggapan yang mengaitkan negara- bangsa dengan ekonomi nasional. Di samping itu, tanggapan – tanggapan mengenai kebudayaan nasional yang diasasakan kepada pendapat – pendapat awal mengenai keperibadian ras dan kaum yang tersendiri telah digunakan untuk menghalalkan konsep negara bangsa dalam mewujudkan penyatuan dalam kebudayaan. Sudahnya nasionalisme Eropah menjadi ideology konservatif yang hanya berfungsi menjaga kepentingan elit pemerintah. Di sinilah tumbuhnya kritikan – kritikan Karl Marx terhadap kapitalisme – yang menghasilkan satu pemikiran baharu yang bertujuan menentang perasaan kebangsaan dan membayangkan pula akan revolusi kelas – kelas tertindas di seluruh dunia – keditaktoran rakyat.tergantung bagaimana kita menilai nasioanlisme.
Jika kita memakai buah fikir Hans Kohn, maka nasionalisme ditafsirkan sebagai satu keadaan fikiran yang mengendap dan menyerap dalam jiwa sebahagian besar rakyat – umumnya. Setiap anggota mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Oleh itu anggota itu adalah tertumpu kepada bangsanya kerana kehidupannya sendiri adalah berdasarkan kepada dan dimungkinkan oleh kebajikan bangsanya. Setiap pergerakan yang digelarkan sebagai pergerakan nasionalisme mesti mempamerkan tiga ciri utama:
1. mewakili satu bangsa dan menghormati penentuan nasib sendiri (self-determination) untuk setiap bangsa.
2.   menegakkan prinsip kedaulatan rakyat
3.  memperjuangkan kesetiaan kepada negara bangsa. Nasionalisme membawa ideologi yang menegaskan penemuan semula dan pengekalan identiti kebudayaan sendiri – iaitu satu proses kesedaran yang dialami oleh sesuatu bangsa terhadap entiti kebangsaannya yang berasingan dari entiti lain.
Satu pergerakan ideologi ke arah mencapai dan mempertahankan hak kekuasaan dan keperibadian sendiri sesuatu kumpulan sosial yang setengah-setengah ahlinya menganggapnya sebagai sesuatu bangsa sebenar atau berkemungkinan menjadi satu bangsa.Dalam kata lain, iaitu satu proses yang menjadikan mereka rela memindahkan kesetiaan utama mereka daripada kampung, wilayah atau raja kepada negara bangsa. [Di Eropah pada abad ke-19, negara-bangsa itu seharusnya merupakan asas negara yang berdaulat. Terkandung di dalam doktrin itu andaian bahawa bangsa dan rakyat, sebagai punca kuasa dan kewibawaan yang asasi, harus mengambil bahagian dalam pemerintahan negara melalui institusi-institusi perwakilan]. Rumusannya: ada tiga ciri utama (yang ideal) maksud pergerakan nasionalisme:
1.     mewakili satu bangsa dan menghormati prinsip penentuan nasib sendiri (self determination) untuk setiap bangsa. 2.     menegakkan prinsip kedaulatan rakyat (will of the people) dan demokrasi; dan
3.     memperjuangkan kesetian kepada negara bangsa. Ciri yang kedua itu (kedaulatan rakyat/dan demokrasi) adalah doktrin utama, yang lain-lain hanyalah retorik. Kategori-kategori Nasionalisme: nasionalisme wilayah (territorial nationalism) nasionalisme etnik nasionalisme bahasa Dalam sebuah negara yang mempunyai berbagai kaum, maka konsep bangsa itu bukan luhur, tetapi direka-reka atau disebut sebagai komuniti rekaan atau bayangan – imagined communities.

No comments:

Post a Comment